13 Mei dalam kenangan

Posted by Dongeng Si Puteri , Monday, May 10, 2010 4:46 AM

3 hari lagi genaplah 41 tahun peristiwa berdarah 13 Mei. Mengimbas sedikit sejarah yang telah mengorbankan banyak nyawa dan rusuhan kaum yang melanda terutama di ibu negara. Perpaduan yang baru disemai menjadi mimpi ngeri bagi setiap individu masa itu.

Kini setelah 41 tahun, sepatutnya kita sudah kukuh dan bersatu padu dalam semua aspek. Tidak ada lagi suara-suara sumbang dan saling tuding menuding antara kaum tapi rupanya perpaduan belum tersemai sepenuhnya malah menjadi semakin meruncing. Bezanya kini tidak ada peristiwa berdarah tetapi lebih kepada peperangan mental.

Sepatutnya rakyat Malaysia bersatu hati bukannya berpecah-belah. Perbezaan fahaman politik bukan alasan untuk berpecah dan saling menuding jari. Tegur-menegurlah tapi dengan cara berhemah. Pada ketika pilihanraya kalau nak berkempen pun janganlah sampai menggores hati mana-mana kaum.

Sedih juga bila mengimbas kembali insiden yang terjadi di PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Pertelingkahan yang menyebabkan luka dan berdarah walaupun tidak seserius ketika peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sedikit sebanyak boleh membangkitkan perasaan tidak senang dan sekiranya ia tidak dibendung, tidak mustahil ianya akan berulang lagi.

Kadang-kala kita dapat melihat senario pertelingkahan, pergaduhan dan caci maki antara penyokong parti politik. Kalau mempertahankan parti pun gunakanlah pendekatan yang lebih halus agar ketegangan tidak berlaku. Namun apa yang nak dihairankan andai pemimpin bawahan berbuat demikian kerana ada pepatah mengatakan, 'kalau guru kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari'.

Sekadar teguran dari puteri yang cuma insan biasa. Pada semua YB tak kira Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, gunakanlah tutur bahasa yang baik dan berperangailah seperti manusia bertamaddun. Anak saudara puteri di Pra Sekolah selalu berkata ketika kami menonton siaran dari Parlimen "Ucu, nape orang tua tu bergaduh dan main tepuk-tepuk meja? Macam budak di kelas adik."

Fikir-fikirkanlah apa yang puteri kata. Jangan biarkan peristiwa berdarah 13 Mei berulang lagi demi kesejahteraan anak cucu kita di masa hadapan. Kalaupun kita tidak memikirkan diri kita, fikirkanlah mereka.

1 Response to "13 Mei dalam kenangan"

Anonymous Says:

kalau tak silap aku, ada diantara gambar 13 Mei tu kaum Cina memegang spanduk berbunyi Malaysian Malaysia... cuba ko bukak blog rasmi DAP... Malaysian Malaysia maseh ada... DAP tak pernah lari dari perjuangan diorg untuk memartabatkan democratic socialist... walaupun aku tak setuju, but I respect them pasal diorg ada backbone to fight for what they believe... yang si PAS ni pulak, backbone lembik, sekarang nie takde pemimpin PAS yg berani nak melaungkan Negara Islam secara kuat2, takut kena tergah dengan Karpal Singh... kalau DAP ada backbone walaupun prinsip perjuangan diorg macam ehemm, ehemmm [tak naklah mencarut kat sini] dan PAS pulak ada backbone tapi lembik... si PKR lagi macam ehemm, ehemmmm gak... langsung takder backbone... jenis yg kat sini kata lain, kat sana kata lain pulak... itulah hakikatnya... tolak DAP pasal samada org sedar ker tak, diorg lah dalang utama tercetusnya peristiwa 13 Mei... tolak PAS pasal hari demi hari, demi utk political survival diorg, diorg dah terlalu jauh menyimpang dari ajaran Islam [diorg tak sedar pun]... tolak PKR pasal nilah batu api utama masalah perpecahan umat Islam kat Msia nie, masalah sensitiviti kaum, dll. Ditambah pulak perangai pemimpin PKR yang lagi macam ehemm, ehemmmmmmmmm!

Post a Comment